Crew Fathi
Dulu blogger, sekarang engineer network..


Khususkan Lorong Kiri Untuk Motosikal, Kurangi Kemalangan Maut

SiakapKeli

  • Newbie
  • *
    • Posts: 0
    • Karma: +0/-0
    • View Profile
    • SiakapKeli
Khususkan Lorong Kiri Untuk Motosikal, Kurangi Kemalangan Maut

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) — Statistik Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) 2018 menunjukkan lebih 60 peratus daripada 6,742 kes kemalangan maut lalu lintas melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Berikutan itu, jabatan itu kini mengkaji cadangan untuk menghadkan lorong kiri jalan raya khusus untuk pengguna motosikal terutama kapcai sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan maut bagi […]

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) — Statistik Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) 2018 menunjukkan lebih 60 peratus daripada 6,742 kes kemalangan maut lalu lintas melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.


Berikutan itu, jabatan itu kini mengkaji cadangan untuk menghadkan lorong kiri jalan raya khusus untuk pengguna motosikal terutama kapcai sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan maut bagi pengguna kenderaan itu.


Ketua Pengarah JKJR Datuk Rosli Isa berkata pihaknya kini sedang melihat keberkesanan pelaksanaan langkah itu di negara-negara maju seperti Hong Kong dan Australia.


Penggunaan lorong kiri untuk motosikal berkuasa kecil 150 cc dan ke bawah telah lama dipraktikkan di negara-negara tersebut, katanya.


Di Malaysia, nyawa penunggang dan pembonceng motosikal diibaratkan ‘telor di hujung tanduk’ apabila ada antara penunggang motosikal terutamanya yang berkuasa kecil menggunakan lorong tengah dan kanan jalan raya.


Tabiat ini mendedahkan diri mereka kepada risiko kemalangan dan kematian apabila berlanggar dengan kenderaan lain yang lebih besar, kata beliau.


“Kita juga akan melihat keperluan mengurangkan kelajuan motosikal 150cc dan ke bawah untuk dihadkan maksimum sekurang-kurangnya 70 kilometer perjam (km/j) kerana berdasarkan kajian lalu, faktor utama kemalangan maut motosikal adalah disebabkan ‘speeding’,” kata Rosli ketika dihubungi Bernama.


Rosli berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan awal mengenai perkara tersebut dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan permotoran.


Rabu lepas, sebuah kumpulan WhatsApp yang dikenali sebagai Safety First dalam perjumpaan dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dilapor turut menyuarakan cadangan seumpamanya bagi mengurangkan kadar kematian yang amat tinggi membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal berkuasa rendah.


Kumpulan itu yang mempunyai kira-kira 500 orang anggota berpendapat undang-undang sepatutnya digubal segera bagi mengharamkan motosikal kecil menggunakan lorong tengah atau kanan jalan raya yang sepatutnya khusus digunakan oleh kereta dan kenderaan besar lain.


Senada dengan Rosli, Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) Tan Sri Lee Lam Thye berkata kebanyakan penunggang motosikal berkuasa kecil di bandar-bandar besar sering dilihat menyelit di celah-celah kenderaan lain terutamanya di waktu puncak.


“Di jalan yang tiada lorong khas motosikal, memang selalu penunggang motosikal berkuasa kecil atau kapcai ini menyelit dan menggunakan lorong tengah dan lorong kanan.


“Ini menyusahkan kenderaan besar yang lain, sedangkan lorong kanan dan lorong tengah adalah untuk kenderaan besar dan laju.


“Memang sudah tiba masanya untuk kapcai ini hanya dibenarkan menggunakan lorong kiri demi keselamatan penunggang dan pembonceng kerana motosikal adalah kenderaan yang kecil dan apabila berlaku kemalangan, sememangnya risiko untuk maut itu tinggi,” katanya.


Lee berkata, beliau bimbang jika tabiat menggunakan lorong tengah dan kanan ini berterusan dan tidak dilihat dengan serius, kadar kemalangan maut dalam kalangan pengguna motosikal akan terus meningkat, katanya.


Sumber: BERNAMA


Source: Khususkan Lorong Kiri Untuk Motosikal, Kurangi Kemalangan Maut
Artikel ini diterbitkan dari SiakapKeli.