Crew Fathi
Dulu blogger, sekarang engineer network..


Oppo Tersenarai Dalam Wireless Power Consortium – Peranti Oppo Bakal Sokong Pengecasan Nirwayar?

Amanz

  • Newbie
  • *
    • Posts: 0
    • Karma: +0/-0
    • View Profile
    • Amanz
Oppo Tersenarai Dalam Wireless Power Consortium – Peranti Oppo Bakal Sokong Pengecasan Nirwayar?

Qi adalah format pengecasan nirwayar standard yang digunakan oleh banyak syarikat. Antaranya adalah Apple, Xiaomi, Samsung dan ramai lagi. Format pengecasan Qi ini dibangunkan oleh Wireless Power Consortium (WPC). Terkini, Oppo dilihat telah tersenarai sebagai syarikat berdaftar dalam laman web WPC. Tidak pasti bila Oppo mendaftar syarikat mereka kepada WPC. Kebiasaannya, sesebuah syarikat yang ingin […]

Qi adalah format pengecasan nirwayar standard yang digunakan oleh banyak syarikat. Antaranya adalah Apple, Xiaomi, Samsung dan ramai lagi. Format pengecasan Qi ini dibangunkan oleh Wireless Power Consortium (WPC).


Terkini, Oppo dilihat telah tersenarai sebagai syarikat berdaftar dalam laman web WPC. Tidak pasti bila Oppo mendaftar syarikat mereka kepada WPC. Kebiasaannya, sesebuah syarikat yang ingin menggunakan teknologi Qi akan mendaftar beberapa bulan sebelum produk mereka diperlihatkan.



Ini bermakna, peranti daripada Oppo kelak akan menawarkan telefon pintar yang menyokong pengecasan nirwayar berasaskan Qi. Disebabkan OnePlus juga berkait rapat dengan Oppo, tidak mustahil jika OnePlus turut akan perkenalkan peranti dengan sokongan pengecasan nirwayar ini.


Source: Oppo Tersenarai Dalam Wireless Power Consortium – Peranti Oppo Bakal Sokong Pengecasan Nirwayar?
Artikel ini diterbitkan dari Amaz.