Crew Fathi
Dulu blogger, sekarang engineer network..


Pelancong Di halau Ke Negara Asal, Pesalah Dipaksa Pakai Jaket Tertera ‘Monyet’, Kutip Sampah Jika Buang Di Sampoerna

SiakapKeli

  • Newbie
  • *
    • Posts: 0
    • Karma: +0/-0
    • View Profile
    • SiakapKeli
Pelancong Di halau Ke Negara Asal, Pesalah Dipaksa Pakai Jaket Tertera ‘Monyet’, Kutip Sampah Jika Buang Di Sampoerna

1 Januari lalu, Bandar di Sampoerna telah mengeluarkan arahan baru kepada sesiapa sahaja yang bertindak membuang sampah secara sambil lewa dengan denda dan hukuman yang setimpal. Tidak kira penduduk tempatan mahupun pelancong luar, setiap pesalah akan dihalau keluar pulang ke negara asal atau pun didenda dengan memakain jaket yang tertulis tulisan ‘Monyet’ dan dipaksa mengutip […]

1 Januari lalu, Bandar di Sampoerna telah mengeluarkan arahan baru kepada sesiapa sahaja yang bertindak membuang sampah secara sambil lewa dengan denda dan hukuman yang setimpal.


Tidak kira penduduk tempatan mahupun pelancong luar, setiap pesalah akan dihalau keluar pulang ke negara asal atau pun didenda dengan memakain jaket yang tertulis tulisan ‘Monyet’ dan dipaksa mengutip sampah di kawasan sekitar.


Inisiatif itu dibuat untuk mengatasi masalah longgokan dan pembuangan sampah oleh penduduk setempat yang sekaligus mencemarkan alam sekitar.


Denda RM500 turut dikenakan kepada pelaku yang bertanggungjawab diatas kesalahan yang dibuat.


Salah seorang pengguna Facebook, menggunakan nama Uwong turut berkongsi perkara sama yang sedang giat dijalankan di Sampoerna.


Bermula 1 Januari 2019 JANGAN sesiapa SESUKA HATI BUANG SAMPAH di mana2 kawasan Pekan Semporna.  KOMPAUN akan di kenakan kepada PESALAH pembuang sampah.  Jikalau PESALAH menggunakan PASPORT PESALAH akan di berikan 2 pilihan.



Pilihan pertama, PESALAH akan di HALAU KELUAR PULANG ke NEGARA ASAL mereka.


Pilihan kedua PESALAH akan di DENDA memakai vest yang tertulis MONYET dan PESALAH PERLU mengutip sampah di Pekan Semporna.


Jadi selepas ini kepada semua rakan-rakan di Semporna dan rakan-rakan yang suka melancong ke Semporna kenalah jaga tingkah laku, jangan buang sampah merata-rata nanti kena kompaun.


 


Dah la kena kompaun, kena pakai vest bertulis MONYET lepas tu kena pulak kutip sampah kat Pekan Semporna.  Haru la percutian korang nanti.  Tolong hebahkan pada rakan-rakan kalian yang lain.


#semogaberkesanjikacarainilebihbaik


Sumber: Uwong


Source: Pelancong Di halau Ke Negara Asal, Pesalah Dipaksa Pakai Jaket Tertera ‘Monyet’, Kutip Sampah Jika Buang Di Sampoerna
Artikel ini diterbitkan dari SiakapKeli.