Crew Fathi
Dulu blogger, sekarang engineer network..


5 Dokumen Ni Tak Payah Bawak Pun Masa Interview, Majikan Tak Hadap Langsung

SiakapKeli

  • Newbie
  • *
    • Posts: 0
    • Karma: +0/-0
    • View Profile
    • SiakapKeli
5 Dokumen Ni Tak Payah Bawak Pun Masa Interview, Majikan Tak Hadap Langsung

Memanglah betul majikan mahu melihat segala pencapaian yang korang pernah hadapi sepanjang tempoh pengajian jika tidak memiliki sebarang pengalaman, tapi tak semesestinya semua benda yang calon-calon perlu tunjuk. Pencapaian yang ada kaitan dengan dunia pekerjaan atau bidang kerja yang dimohon sudah memadai untuk mengukuhkan diri korang untuk menarik perhatian majikan walaupun sedikit. Banyak calon-calon yang […]

Memanglah betul majikan mahu melihat segala pencapaian yang korang pernah hadapi sepanjang tempoh pengajian jika tidak memiliki sebarang pengalaman, tapi tak semesestinya semua benda yang calon-calon perlu tunjuk. Pencapaian yang ada kaitan dengan dunia pekerjaan atau bidang kerja yang dimohon sudah memadai untuk mengukuhkan diri korang untuk menarik perhatian majikan walaupun sedikit.


Banyak calon-calon yang lebih mementingkan sijil daripada dokumen yang betul-betul diperlukan, pengalaman kami mengendalikan temuduga bersama calon-calon sebegini memang kerap kali terjadi. Mana-mana majikan sekalipun pasti akan geleng kepala bila anda lampirkan dokumen-dokumen sebegini.


Pernah terjadi, mereka membawa dokumen ini tapi tak ada resume langsung! Jadi, baca dengan teliti dan ingat agar jangan sesekali lampirkan dokumen yang Maukerja senaraikan jika mahu mendapatkan pekerjaan tersebut.


1. Slip Keputusan Setiap Semester


Memang diperlukan sewaktu interview, tapi jangan sampai slip keputusan setiap semester sahaja korang lampirkan, cukup hanya sekadar transkrip sahaja. Ia membuatkan majikan naik rimas untuk lihat. Kalau perasan majoriti majikan tak pandang pun semua tu, buat malu nak tunjuk lagi-lagi kalau korang pernah gagal dalam matapelajaran tersebut. Kalau boleh padatkan semuanya dalam satu fail, transkrip dah memadai untuk melihat keputusan korang.



2. Sijil-Sijil Sewaktu Sekolah


Tak perlu bawa semua sijil-sijil ini, majikan tak pandang pun. Segala sijil aktiviti kokurikulum, sijil pertandingan sekolah sampai ke kolej semua tu tak menyumbang apa-apa dalam menarik perhatian majikan. Waktu kolej sudah memadai bahawa korang ini seorang yang produkif.


Lain-lain sijil seperti ujian lisan, sijil berhenti sekolah pun jangan lampirkan cukup sekadar sijil keputusan SPM sahaja! Mungkin korang anggap lagi banyak sijil lagi suka majikan tengok, tanggapan itu salah! Zaman sekarang majikan mahukan sesuatu yang ringkas tapi padat!


3. Keputusan UPSR & PMR


Sijil SPM sudah memadai untuk menjelaskan bahawa korang merupakan bekas pelajar di sekolah tersebut. Sebenarnya sijil SPM pun belum tentu lagi majikan nak tengok, sebab majikan lebih highlight kan pencapaian atau keputusan sewaktu kolej. Sekolah punya, pandang sebelah mata pun mereka tak sudi.



4. Sijil AJK Kelab Di Kampung


Tak kisahlah yang korang ni Mat Belia ke, AJK kelab tarian daerah Gombak ke, semua tu tak penting kepada majikan. Apa yang kroang tunjukkan semua ini hanya jadi bahan lawak mereka sahaja. Rasanya kami dah pesan banyak kali, tetapi masih ada lagi yang melakukan perkara sedemikian. Ia amat memalukan! jadi, jangan habiskan masa korang untuk geledah semua sijil-sijil ‘picisan’ yang korang


5. Sijil Penyertaan


“Menang pun tak itu pun nak show off” Itu yang akan terlintas dalam pemikiran majikan saat temuduga dijalankan, segala penglibatan dalam acara di kolej semua tu tak begitu menarik perhatian penemuduga apatah lagi waktu sekolah. Jangan buang masa korang untuk tunjuk semua ini, membazir sahaja. Kami cadangkan habiskan masa korang untuk mencantikkan susuan resume dan tunjuk showreel kalau perlu untuk meyakinkan majikan.


Pemburu kerja yang tengah giat nak cari kerja tu mungkin korang boleh lawati laman web Maukerja, ada pelbagai tawaran kerja tersedia khas untuk anda!


Source: 5 Dokumen Ni Tak Payah Bawak Pun Masa Interview, Majikan Tak Hadap Langsung
Artikel ini diterbitkan dari SiakapKeli.