Crew Fathi
Dulu blogger, sekarang engineer network..


Altimet Membuat Pelaburan Strategik Pada Aplikasi Menambah-Baik Bacaan Tajwid, Recite

Amanz

  • Newbie
  • *
    • Posts: 0
    • Karma: +0/-0
    • View Profile
    • Amanz
Altimet Membuat Pelaburan Strategik Pada Aplikasi Menambah-Baik Bacaan Tajwid, Recite

Altimet merupakan salah seorang selebriti yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah-air. Selain muzik, beliau juga turut dilihat meminati perkembangan teknologi, dan sebelum ini pernah membuat pelaburan pada perkhidmatan logistik pintar, Dego. Kini, selain daripada Dego, Altimet juga telah membuat pelaburan pada satu lagi aplikasi tempatan, iaitu Recite. Recite merupakan salah satu aplikasi yang […]

Altimet merupakan salah seorang selebriti yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah-air. Selain muzik, beliau juga turut dilihat meminati perkembangan teknologi, dan sebelum ini pernah membuat pelaburan pada perkhidmatan logistik pintar, Dego.


Kini, selain daripada Dego, Altimet juga telah membuat pelaburan pada satu lagi aplikasi tempatan, iaitu Recite.


Recite merupakan salah satu aplikasi yang membantu pengguna menambah-baik bacaan Quran. Pengguna boleh memuat-turunnya secara percuma pada platform Android, dan menggunakannya dalam membuat rakaman bacaan Quran, serta memberikan pihak bertangunggjawab seperti ustaz menilai dan memberikan komen untuk menambah-baik bacaan pengguna.


Recite Android


Menurut Altimet, atau nama sebenar beliau, Ahmad Abdul Rahman, pelaburan ini telah dilakukan sejak daripada bulan Oktober 2018 yang lepas. Nilai pelaburan tidak diumumkan.


Buat masa ini, Altimet mengatakan akan lebih memfokuskan kepada Recite kerana potensi aplikasi berkenaan yang sangat besar. Selain di Malaysia, Recite juga turut beroperasi di Indonesia.


Muat-Turun Recite untuk Android



Source: Altimet Membuat Pelaburan Strategik Pada Aplikasi Menambah-Baik Bacaan Tajwid, Recite
Artikel ini diterbitkan dari Amaz.