Crew Fathi
Dulu blogger, sekarang engineer network..


Amyra Rosli Tidak Kisah Dikecam Lakonkan Babak Intim Dalam Drama Kan Kukejar Cinta Kamu

BeautifulNara

  • Newbie
  • *
    • Posts: 0
    • Karma: +0/-0
    • View Profile
    • BeautifulNara
Amyra Rosli Tidak Kisah Dikecam Lakonkan Babak Intim Dalam Drama Kan Kukejar Cinta Kamu

Drama Kan Kukejar Cinta Kamu sedang hangat ditayangkan, nama pelakon utamanya Amyra Rosli dan Fendy Bakry nampaknya semakin popular dan menjadi perhatian ramai. Penonton agak kagum dengan keserasian mereka berdua menjayakan watak Alma dan Raiyan. Jalan cerita drama ini penuh … Continue reading

Drama Kan Kukejar Cinta Kamu sedang hangat ditayangkan, nama pelakon utamanya Amyra Rosli dan Fendy Bakry nampaknya semakin popular dan menjadi perhatian ramai. Penonton agak kagum dengan keserasian mereka berdua menjayakan watak Alma dan Raiyan.



Jalan cerita drama ini penuh dengan debaran tetapi turut menyelitkan babak intim suami isteri. Ada juga yang mengecam Amyra tidak malu untuk melakonkan babak mesra bersama Fendy.




       

           
       


Bagaimanapun, Amyra tidak kisah dirinya dikecam dan bersikap profesional ketika bekerja. Lagipun, mereka tidaklah duduk rapat seperti yang disangka, semuanya hanya teknik kamera sahaja.



Saya akui, drama bersiri ini memerlukan saya melakonkan babak-babak mesra dengan Fendy, seperti contoh, babak berdua atas katil. Babak atas katil tu, mungkin di kaca televisyen nampak agak rapat tapi sebenarnya kami duduk berjauhan. Teknik kamera digunakan untuk merealisasikan babak itu agar ia kelihatan natural.


Babak menari dan beberapa babak lain yang memerlukan karakter kami berdua berada sangat rapat pun digantikan dengan orang lain. Saya tak kisah bila ada orang bercakap kerana apabila suami dan keluarga saya tahu cara kami bekerja, itu sudah memadai. Asalkan mereka mengetahui situasi sebenar.


Kalau suami dan keluarga memahami, tentunya ia tidak menjadi isu besar. Tentunya Amyra juga tahu menjaga batasnya dengan lelaki lain kan?


Sumber Berita : Astro Gempak


Source: Amyra Rosli Tidak Kisah Dikecam Lakonkan Babak Intim Dalam Drama Kan Kukejar Cinta Kamu
Artikel ini diterbitkan dari BeautifulNara.