Crew Fathi
Dulu blogger, sekarang engineer network..


Uqasha Senrose Menangis Di Mekah, Terkenangkan Dosa Lalu

BeautifulNara

  • Newbie
  • *
    • Posts: 0
    • Karma: +0/-0
    • View Profile
    • BeautifulNara
Uqasha Senrose Menangis Di Mekah, Terkenangkan Dosa Lalu

Berpeluang mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga tercinta baru-baru ini, pelakon Uqasha Senrose sempat berkongsi pengalamannya ketika berada di Tanah Suci Mekah. Uqasha memberitahu beliu sering menangis di Mekah, terkenangkan segala dosa-dosa lampau. Bagaimanapun, beliau tetap bersyukur kerana masih diberi kesempatan … Continue reading

Berpeluang mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga tercinta baru-baru ini, pelakon Uqasha Senrose sempat berkongsi pengalamannya ketika berada di Tanah Suci Mekah.



Uqasha memberitahu beliu sering menangis di Mekah, terkenangkan segala dosa-dosa lampau. Bagaimanapun, beliau tetap bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk memohon ampun dan meluahkan apa sahaja rasa yang terpendam dalam hati kepadaNya.




       

           
       


Sebelum ini saya pernah terduduk dan hilang arah kerana kesilapan lalu serta runsing tanpa sebab. Ia soal hubungan keluarga, kerjaya dan kehidupan seharian. Ada ketikanya tidak tahu apa punca yang membuatkan hati tidak tenang.



Perasaan berkecamuk itu hilang sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Bagaikan satu keajaiban berlaku, semuanya berubah. Satu kegembiraan yang tak boleh diluahkan dengan kata-kata kerana ia terlalu indah.


Ingin membuka lembaran baru dalam hidupnya, Uqasha sudah tidak mahu terpalit lagi dengan sebarang kontroversi selain ingin terus istiqamah menguatkan hati untuk menghindari perkara negatif.


Sumber Berita : Utusan Online


Source: Uqasha Senrose Menangis Di Mekah, Terkenangkan Dosa Lalu
Artikel ini diterbitkan dari BeautifulNara.